Saluran Kami

Monday, 7 July 2014

Nota Ramadan #8 : RnR


Assalamualaikum.. ehhh berhenti kejap dekat RnR terdekat.. meh kita check apa yang patut.

Hari ini sudah hari ke-8 Ramadhan kita berpuasa. Sudah setakat mana prestasi iman dan ibadah kita?

Mari buat muhasabah dan kembali bersemangat meneruskan amal.

Jangan berhenti di pertengahan. Ada kesilapan pada tujuan awal sekiranya di pertengahan jalan kita berhenti.

Ramadhan masih berbaki. Alangkah ruginya kita jika hari demi hari berlalu tetapi amal kita masih sama seperti bulan-bulan lain juga, tidak ada bezanya.

Bulan lain, bangun lewat di Subuh hari, di Ramadhan pun kita masih meneruskan hal yang sama.

Bulan lain, kita culas dalam menunaikan solat fardhu, di Ramadhan pun kita tidak ubah sikap itu.

Bulan lain, kita renggang amat dengan Al-Quran, di Ramadhan pun kita tidak mengambil peluang pula untuk kembali akrab dengan Al-Quran.

Bulan lain, kita meninggalkan perintah-perintah Allah lain dalam hidup, di dalam Ramadhan kita tidak berusaha membaiki kelonggaran komitmen kita itu.

Maka, tidakkah kita merasa rugi, disediakan suasana cukup kondusif untuk kembali kepada Allah, kembali kepada fitrah kebaikan, tetapi kita masih lalai, enggan, malas, ego untuk memanfaatkannya?

Semoga kita tidak termasuk dalam orang yang apabila keluar dari Ramadhan, dia termasuk orang-orang yang rugi. Siapakah mereka? Iaitu orang-orang yang tidak diampunkan dosa-dosanya.

Kerana mereka sendiri tidak mahu dosa mereka diampunkan. Nauzubillah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...