Sunday, 29 June 2014
Nota Ramadan #1 : Surah Al-Baqarah
Kebiasaan di hari awal, kebanyakan dari kita akan membaca di Juz 1 daripada Al-Quran, iaitu Surah Al-Baqarah. Sebahagian soalan-soalan yang boleh membantu proses tadabbur kita :
1) Kenapa surah ini dinamakan Al-Baqarah sedangkan bahagian yang menceritakan tentang lembu hanyalah sebahagian kecil saja dari surah ini?
2) Ayat berkaitan syariat Islam dalam kehidupan ummat Islam seperti pensyariatan solat, puasa, zakat, haji, hudud, pengharaman riba, penulisan perjanjian atas hutang, perubahan kiblat dan lain-lain banyak di dalam Al-Baqarah. Apa signifikannya?
3) Ada juga ayat kita akan temui di dalam Al-Baqarah menyatakan bahawa ada di kalangan manusia yang mengambil kecintaan selain Allah dan mereka mencintai benda itu sama taraf dengan cinta mereka terhadap Allah. Apa kaitannya dengan lembu dan syariat Islam yang banyak termaktub dalam surah ini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment