Bersih dalam, sepatutnya bersih juga luaran.
Begitulah Ramadhan mengajar kita, bahawa sepatutnya apabila bersih kita dari dosa dalam diri kita, maka sepatutnya memberi kesan juga kepada bersihnya akhlak dan peribadi kita.
Begitu juga, ia sepatutnya membuatkan kita terdidik, bahawa muslim itu orang yang menjaga kebersihan, dalaman dan luarannya.
Ia tidak senang dan sensitif sekali dengan kotoran, bukan hanya dalam dirinya, bahkan juga persekitarannya. Begitulah tindakbalas iman.
Terkesankah kita dengan makna yang dididik dari Ramadhan ini setelah hari ke-9 ini?

No comments:
Post a Comment