Saluran Kami

Wednesday, 2 July 2014

Nota Ramadan #4 : Nafsu



Sebelum menghadapi bulan Ramadan, bukan manusia sahaja yang membuat persiapan. Malah, syaitan juga membuat persiapan untuk menghadapi Ramadan. Tetapi, bagaimana caranya?

Syaitan membuat persiapan dengan cara 'melatih' nafsu kita untuk melakukan kejahatan. Maka, ketika bulan Ramadan, sungguhpun syaitan tiada, nafsu masih lagi mampu menguasai manusia untuk melakukan kejahatan.

Disebabkan itu, tidak pelik sekiranya masih ramai manusia yang mengumpat, berprasangka buruk, riak, dan mempunyai banyak lagi sifat mazmumah yang lain, ketika bulan Ramadan.

Jadikan Ramadan sebagai madrasah. Sekolah untuk kita didik diri agar menjadi graduan yang berjaya. Tak sempurnalah sekiranya Ramadan datang, kemudian berlalu pergi tanpa ada sebarang perubahan yang baik pada diri kita.

| Aizuddin Hamid |

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...