Saluran Kami

Sunday, 29 June 2014

Nota Ramadan #2 : Permakanan




Penjagaan makanan amat penting sepanjang Ramadhan supaya kita kekal sihat. Antara beberapa panduan yang boleh dipraktikkan ialah:

1. Kurangkan makanan manis, berminyak dan berlemak kerana ia memerlukan banyak tenaga bagi proses penghadaman, justeru menyebabkan kita cepat letih.

2. Elakkan/kurangkan minum teh ketika sahur kerana ia akan menyebabkan dehidrasi akibat kekerapan pembuangan urine.

3. Amalkan makanan sunnah seperti kekacang, kurma, dan sebagainya. Banyakkan minum air kosong.

4. Jangan berlebihan ketika berbuka dan bersahur. Pisang dan roti adalah pengganti sumber karbohidrat yang baik bagi nasi.

Jom kekal sihat sepanjang Ramadhan agar dapat beribadat dengan sempurna!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...