Alangkah ruginya masa kita bila kebanyakan dari masa yang kita tidur itu boleh dimanfaatkan pula untuk membaca, merujuk tafsir, dan sebagainya.
Kadangkala, tidur itu perlu. Tetapi bila banyak sangat tidur, itu sudah jadi tidak perlu dan berlebihan. Kita bukan letih pun sebenarnya, tetapi terbiasa tidur banyak itu yang menyebabkan badan kita tak punya stamina yang baik, cepat letih.
Sebab itu, kalau rasa nak tidur, pergilah buat sesuatu yang menyegarkan kita seperti dengar video ceramah, berbincang atau bersembang yang bermanfaat dengan kawan-kawan, atau kalau perlu tidur juga, ambil masa sekejap jangan terlalu lama.
Untuk elakkan tidur yang banyak juga, setlah apa yang kita nak lakukan dalam sehari mengikut jam. Selepas jam ini, kita kena buat sekian sekian. Pada jam ini pula, nak buat sekian sekian.
Bila kita ada penyusunan masa begitu, kita pasti tak akan punya banyak masa kosong sehingga kita merasa terlalu bosan dan tidak tahu nak buat apa.
Masalah adalah apabila kita tidak menyusun apa yang kita nak buat. Kita cuma susun waktu untuk makan berbuka puasa dengan tarawikh saja. Yang lain, kita tidak susun. So, macam mana kita harap kita nak kejar banyaknya kebaikan yang ada dalam Ramadhan kalau mahu melakukan kebaikan pun, tidak terancang dan tersusun?
Mari plan betul-betul Ramadhan kita.
-Langit Ilahi

No comments:
Post a Comment