Thursday, 10 July 2014
Nota Ramadan #11 :Terawih
Suatu malam di bulan Ramadan
" Eh, tengok mamat tu. Dia tak p terawih ke?"
Ditunjuk ke arah Luqman yang berjalan melintasi mereka yang dalam perjalanan ke masjid.
" Ponteng terawih la tu. "
Maka bermulalah sesi mengumpat, tiba-tiba:
" Di bulan Ramadan, ada baiknya kita mejaga mulut. Sekiranya salah info, boleh jatuh fitnah."
Terkejut mereka lalu menoleh ke belakang.
" Eh, sejak bila kau ada kat sini?"
Mamat pun menjawab.
" Sejak korang mula meeting. Aku bukan tak p terawih, aku ada hal. Jadi aku nak buat terawih dekat rumah. Lagipun takde pun dalil mewajibkan terawih di masjid. Adios!"
Mamat blah meninggalkan mereka yang terpinga-pinga.
Moral value:
Husnuzhon dan jaga mulut.
Wednesday, 9 July 2014
Doakan Saudara Kita
Doakan juga dan hulurkan bantuan walau sedikit buat saudara- saudara kita di Malaysia yang masih hidup berbumbungkan langit, bertilamkan tanah, yang dizalimi dan tidak ditunaikan haknya.
Sekalipun tidak mampu memberi bantuan fizikal, usah lah kedekut dengan doa. Semoga Ramadhan ini mendidik jiwa menjadi lebih peka dengan kesusahan orang lain. Mereka saudara kita.
Those Who Insult Allah [Juz 11] - Nouman Ali Khan
All authority, respect, honor, and dignity undoubtedly belongs to Allah. No one will ever successfully disrespect Him. And we had better know that Allah owns whoever is in the skies and whoever is on the earth; He owns all of them. So Allah will deal with them.
Nota Ramadan #10 : Belajar
Belajar menjadi hamba Allah yang terutama. Bila ianya selesai, belajar yang lain tidak lagi susah.
Belajarlah menjadi 'seseorang' sebelum menjadi 'seseorang'.
Belajar menjadi abang yang baik sebelum menjadi suami yang baik.
Belajar menjadi anak yang baik sebelum menjadi ayah yang baik.
Belajar menjadi kakak yang baik sebelum menjadi isteri yang baik.
Belajar menjadi anak yang baik sebelum menjadi ibu yang baik.
Belajar. Ia tidak akan terhenti. Sehinggalah kita pergi.
- Saleem Wahab
What You Can Contribute to Islam [Juz 10] - Nouman Ali Khan
Nota Ramadan #9 : Disiplin
Bersih dalam, sepatutnya bersih juga luaran.
Begitulah Ramadhan mengajar kita, bahawa sepatutnya apabila bersih kita dari dosa dalam diri kita, maka sepatutnya memberi kesan juga kepada bersihnya akhlak dan peribadi kita.
Begitu juga, ia sepatutnya membuatkan kita terdidik, bahawa muslim itu orang yang menjaga kebersihan, dalaman dan luarannya.
Ia tidak senang dan sensitif sekali dengan kotoran, bukan hanya dalam dirinya, bahkan juga persekitarannya. Begitulah tindakbalas iman.
Terkesankah kita dengan makna yang dididik dari Ramadhan ini setelah hari ke-9 ini?
Don't Give Up on Others [Juz 9] - Nouman Ali Khan
Don't condemn other Muslims who are committing sins to Hell. We don't have such authority and Allah will definitely ask us why we abandoned them, condemned them, and why we did not try to advise them.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

.jpg)
